Trend Pengiklanan Digital 2017. Rahsia Agensi Terkenal Dibocorkan.

Ini adalah pendapat beberapa pemain senior pengiklanan digital & hasil bacaan influencer industri.

Demand pada visual ads sudah lama berkurang. Konten format panjang sudah mula dalam trend.

● Video di konsum secara borong / maraton.

Detail product description pada web e-commerce mesti penuh. Bukan lagi zaman product description “asal ada saja”

● Penulis professional yang masuk dalam game content marketing akan memberi cabaran pada syarikat baru.

Comscore telah tunjuk bukti media digital indie mampu bersaing dengan media besar mainstream.

Bacaan saya :-

● Industri akan shift ke konten video, cuma ramai keliru antara video yang ‘jujur’ dan video yang dirancang secara pro. Ada konten video yang dirancang secara pro tapi di dalam ‘feeluser-published.

● Pengalaman saya sejak 2012 mengendali beberapa jenama, CEO sendiri sedar akan kepentingan ‘crowd digital‘. tetapi mereka susah mendapatkan kelulusan bajet kerana BOD dan seluruh struktur masih belum faham. Ini menyebabkan kempen mereka separuh masak.

● Ada juga pengalaman saya, eksekutif muda terpaksa akur dengan eksekutif berumur yang masih belum ‘embraceloyal fan mereka sudah bermukim dan beralamat tetap di dunia digital.

Startup hipster vs startup underground akan bersaing dalam liga berbeza.

● PRU akan datang mungkin akan menampakkan beberapa sentuhan ‘gila’ dari campaigner digital ahli politik.

● Saya juga mendapat hint – hint akan wujud lebih payment gateway baru yang akan lebih ‘fair‘.

● Saya juga mendapat leak info dari pari – pari kayangan, usaha startup underground untuk menapak di negara – negara luar pada 2017.

Buku teks zaman uni dahulu ada pernah sebut, e-commerce akan jadi commerce. Tidak ada penambahan prefix ‘e’ pada awal perkataan.

Selamat menempuh dunia digital yang kompleks. Sekompleks kes rohingya yang kita pun tak tahu macam mana nak push.

 

Tulisan asal : Lutfi Sam Bouroq

 

BACA : 10 Cabaran Dalam Dunia Perniagaan Fesyen Di Malaysia

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Baca Juga

Comments

comments