Ramai yang bertanya kepada saya, “Tuan, SOP tu apa?”

apa-itu-sopSOP (Standard Operating Prosedur)

SOP adalah panduan perlaksanaan kerja secara terperinci yang bertulis dan direkodkan. Apa-apa sahaja langkah yang belaku sepanjang proses dari mula buat kerja sehinggaalah selesai buat kerja,sepanjang itulah SOP kita.

Sebenarnya kita memang dah ada SOP. Cumanya tidak dituliskan dan direkodkan. Contoh paling kecil, nak goreng pisang, SOP asasnya, kulit pisang dibuang dan pisang di cuci. Pisang dipotong dua, celupkan dalam tepung dan baru masukkan dalam kuali. Sebelum tu, kualinya diisi minyak dan dipanaskan. Dah panas minyak, barulah masukkan pisang untuk di goreng.

Ini lah SOP paling asas sekali.

SOP digunakan dalam setiap peringkat bisnes daripada bisnes kecil di tepi-tepi jalan, sehinggalah bisnes besar holdings dan Sdn Bhd. Satu sistem yang boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ada SOP yang boleh dikekalkan sepanjang perjalanan bisnes contohnya SOP pengiraan stock.

Ada juga beberapa perkara yang berubah bergantung pada faktor luar. contohnya, perkembangan teknologi, SOP penyimpanan maklumat dah berubah dari menulis kepada key in data dalam system.

Jika anda ambil berat dengan SOP. Share dan share dan share kan post ini kepada rakan yang lain.

 

Baca Lagi : Bisnes Rugi 30K Kerana Tiada SOP

Comments

comments