Ini Kemungkinan Yang Akan Terjadi Kepada Peniaga Bila Harga Minyak Naik

Kelmarin saya keluarkan status panas. Bukan main korang bersorak yer tengok saya marah. Hari ini saya berikan penjelasan ilmiah kepada pemakan-pemakan dedak yang tidak memahami isu asas kenapa saya marah.

Kepada rakan-rakan, mohon panjangkan isu ini supaya kita semua faham mengapa iannya satu isu besar dalam negara kita.

Bismillah.

Apabila berita kenaikkan minyak berlaku, sudah pasti ada chain effect (kesan rantaian) akan berlaku. Ada yang panggil dominos (pizza) effect, avalanche effects, snowball effect dan lain-lain lagi. Panggillah apa sahaja asalkan anda faham bahawa topik utamanya ialah ‘minyak naik’.

Isu ini mungkin simple bagi sesetengah pihak tetapi ianya sangat menekan. Minyak adalah bahan utama tenaga dalam bidang perusahaan dan pengangkutan.

Dua ini adalah nadi kepada pembangunan negara kita dan nafas kepada ekonomi kita. Sekarang kita bayangkan begini.


Pekerja Kilang

Kilang A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, dan sampailah ke huruf Z. Jumlah keseluruhannya ada 26 huruf. Satu huruf kira satu kilang. Satu kilang ada 1000 pekerja.

Situasinya, kerana naik harga minyak, kilang akan cari jalan potong kos yang lain. Kos yang paling mudah nak potong adalah overtime.

Jadi jika ada 26000 pekerja kilang yang kehilangan 40 jam OT sebulan yang bernilai 40 Jam x RM 7.20 (Average OT) = RM 288.00. Ini bermakna ada 26000 manusia kehilangan RM 288.00 sebulan.

Kita anggarkan satu orang pekerja kilang berkeluarga dan mempunyai 3 Orang anak. 26000 x 3 = 78000 orang terkesan dengan kenaikkan harga minyak RM 0.15 sen ini. Inilah kiraan yang kita kena lihat kesannya.


Akibat dari kehilangan hasil RM 288.00 sebulan satu orang maka jumlah keseluruhan duit yang hilang untuk dibelanjakan adalah berikut :-

26000 x 288 = RM7 Juta 4 ratus 8 puluh 8 ribu lesap dari pusingan ekonomi.

Duit ini hilang dari pusingan ekonomi asas yang biasa dibelanjakan. Sudah tentu peniaga kecil dan besar akan terjejas teruk.


Akibatnya

Banyak peniaga-peniaga terpaksa gulung tikar dan tutup kedai. Katalah duit 7 juta yang hilang dari pasaran ini dikongsi oleh 150 peniaga. Maka akan ada 150 peniaga yang gulung tikar.

Kita ambil satu peniaga ada sekurang-kurangnya 2 orang pekerja, maka 2 orang termasuk peniaga ini akan hilang mata pencarian. Kita ambil seorang peniaga dan dua orang pekerja ini ambil gaji sekitar 1500 seorang.

Oleh kerana terpaksa tutup bisnes. Maka akan ada 450 orang yang terputus belanja bulanan.

Jadi 450 orang tidak dapat membelanjakan RM 1500 sebulan yang bernilai RM 675,000. dari 2 kiraannya ni sahaja, kita dah hilang rm 8 juta dari pasaran dan hampir 70 ribu orang telah terjejas.

Masih nak cakap, alaaa naik 15 sen jer?

Nanti saya akan sambung bagaimana 70k manusia ini terjejas dengan harga minyak yang dinaikkan.


Baca dan hadamkan ini dulu.

Marah biar berakal,
Menentang biar bersungguh.

Ada masa saya cerita bab lain pula.


BACA LAGI4 Jenis Duit Keluar Masuk Yang Anda Perlu Tahu Dalam Bisnes


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Comments

comments

1 thought on “Ini Kemungkinan Yang Akan Terjadi Kepada Peniaga Bila Harga Minyak Naik”

Comments are closed.