Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

Beli Kereta Tak Boleh Kurangkan Cukai Kalau Tak Tahu Perkara Ni

top donate

wanted to became top donate ? TF

Betul Ke Beli Kereta Boleh Kurangkan Cukai? Tak semestinya! Baca artikel ni untuk tahu macam mana nak kurangkan cukai dengan beli kereta. Kalau tak, sia-sia saja.

Inilah satu lagi soalan ‘favourite’ kawan dan pelanggan. Soalnya betul ker?

Sebenarnya kita kena memahami konsep meningkatkan perbelanjaan dengan tujuan mengurangkan cukai. Dalam perniagaan, perbelanjaan modal tidak dibenarkan untuk tolakan cukai. Susut nilai aset tetap juga begitu.

Justeru, ada 1 terminologi cukai yang kali pertama saya sebutkan iaitu Elaun Modal. Ia adalah satu kaedah membolehkan perbelanjaan modal anda diambilkira dalam pengiraan cukai. Boleh rujuk Jadual 3 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sebelum anda mencari jawapan persoalan di atas, inilah antara elemen yang perlu dianalisa terlebih dahulu. Berikut adalah ringkasan Kadar Elaun Modal ditetapkan.

Jenis Aset Elaun

Elaun Permulaan Tahunan

Jentera Berat /
Kenderaan Bermotor 20% 20%

Loji dan Jentera 20% 14%

Komputer / ICT 20% 40%

Lain-lain 20% 10%

Bermula Tahun Taksiran 2001, bagi kenderaan yang tidak dilesenkan untuk komersial, belanja layak untuk elaun modal adalah terhad RM 100,000 dengan 2 syarat berikut :

i. Kenderaan baru (beli selepas 28 Okt 2000)
ii. Harga kenderaan baru tidak lebih RM 150,000

Jika tidak memenuhi syarat belanja layak kekal RM 50,000 sahaja!

Ha, jadi confirm ke boleh kurangkan cukai dengan beli kereta baru ni?

* Item faedah pinjaman sewa beli juga boleh diambilkira.

** Strategi cukai mungkin sedikit berbeza bagi Syarikat Sdn Bhd.

Baca Juga: Cara Kurangkan Cukai Perniagaan Sebelum Mula Bisnes

Tulisan asal: Tuan Khairul Amal Hashim

Sekiranya ada sebarang soalan mengenai percukaian, boleh tanya beliau dengan klik pada nama beliau.

Menarik: Baca Ni Sebelum Sewa Kedai

 Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya hipster.