Bagaimana Shell Guna Kaedah Pemasaran Offline Untuk Viral Di Media Sosial!

Sahabat saya, yang dahulu nya seorang pelanggan tegar stesen minyak Petron kini berubah selera ke Shell. Katanya suka ke Petron sebab tandas diorang Bersih! Mudah kalau tengah tuang minyak tiba-tiba emergency nak guna toilet.

Tapi seminggu dua ni, tiba-tiba je berubah selera. Dah tak mahu dah ke Petron katanya. Bila nak tuang minyak je, mesti akan ke Shell. “La, kenapa pulak?” Tanya saya, hairan. Ini sebab yang sahabat saya bagi:

Sebab nak jumpa awek ni! 

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh seorang gadis cantik setiap kali tuang minyak di stesen minyak Shell. Lalu, menjadi viral-lah strategi pengiklanan shell tersebut. Dipendekkan cerita, kreatif & mendapat sambutan. Terutamanya oleh pengguna-pengguna media sosial.

awek-shell-7awek-shell-1   awek-shell-2 awek-shell-5awek-shell-6 awek-shell-8

Menarik! Mudah je Shell dapat jimat kos Marketing, tak perlu spend keluarkan FB ads. Customer tolong ‘buat’ kan. Cuba anda letakkan diri ditempat orang yang belum pernah jumpa ‘gadis’ ni di stesen Shell, ada teringin nak jumpa tak?

Ini kata ketua Pemasaran Runcit Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Ben Mahmud yang gembira paparan kreatif tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Ia adalah paparan kreatif dilancarkan pada awal November lalu. Paparan itu untuk menyerlahkan persembahan kempen BonusLink kami yang membuktikan betapa mudahnya untuk membuat penebusan dan kempen ini dikenali sebagai ‘Moments Bright Setiap Hari.’

“Kempen ini menunjukkan bahawa setiap hari di jalan raya boleh menjadi lebih bermakna dengan penebusan 100 mata ganjaran melalui BonusLink,” katanya. – Metro

Jom kita ulas sikit tentang strategi ini!

Sejak kemunculan Facebook dan kebangkitan media sosial yang lain, ramai yang ingat bahawa pengiklanan secara printed/fizikal sudah ‘mati’.

Semua berebut fokus buat iklan di media sosial sahaja. Termasuk lah gergasi-gergasi industri. Hal ini kerana kos iklan media sosial sangat rendah jika dibandingkan dengan printed advertising.

Namun, terdapat juga pemain industri yang bijak menunggang trend viral! Kenapa nak pilih satu platform je kalau kita boleh reach lebih ramai prospek dengan dua platform?

Yang penting, kena kreatif! Kalau tak kreatif, iklan di media sosial pun susah nak travel.

sebagai contoh, shell gunakan pengiklanan jenis cut to shape/ contour cut signage. Iklan jenis ini sangat berkesan untuk tarik perhatian berbanding dengan papan tanda biasa yang berbentuk petak.

Begitu juga dengan billboard, flyers, dan name card yang berbentuk contour cut. Ia akan nampak unik dan menonjol. Ini akan dapat menarik perhatian dan memudahkan orang yang lihat untuk mudah ingat.

Printed advertising yang kreatif ada potensi untuk menjadi viral di media sosial dan media massa. Bila dah viral, lebih banyak reach yang anda dapat dengan kos yang sama.

Dan perasan tak, yang strategi “TANDAS KAMI BERSIH” Petron pun pernah viral sekejap.

 

Gadis manis bernama Nor Shafila, dipercayai menetap di Ipoh, Perak dan sudah lebih tiga tahun berkhidmat sebagai staff servis di stesen minyak Shell. Berusia 25 tahun dan sudah berkahwin.

awek-shell-4

Baca Ni! : Pendedahan Agensi Terkenal Tentang Trend Pengiklanan Digital 2017!

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya hipster.

Baca Juga

Comments

comments