7 Cara Bagaimana Nak Dapatkan Tapak Berniaga Di Pasar Malam Secara ‘Rambo’

Aku mulakan Mytakoyaki di Pasar Malam Taman Bukit Anggerik secara Rambo.

Istilah Rambo ni digunakan untuk orang yang baru – baru nak menjinakkan diri berniaga di pasar malam. Yang bukan baru – baru pun ada, ada yang dah 4 – 5 tahun niaga pasar malam pun masih ‘Rambo’.

Rambo dalam filem dikenali dengan watak selamba kodoknya melawan tentera yang besar dan ramai secara solo dan semberono. Lebih kurang itu juga lah penjelasan bagi istilah Rambo di pasar malam.

Rambo bermaksud niaga tanpa tapak berlesen. Pada kebiasaannya, ramai orang kita takut atau tak tahu nak berniaga di pasar malam oleh kerana ketiadaan lesen.

Memang benar, ketiadaan lesen atau permit niaga boleh membuatkan peniaga disaman dan kelengkapan niaga layak disita. Itu adalah fakta.

Masalahnya, untuk medapatkan lesen niaga perlukan masa yang lama dan juga karenah birokrasi seperti yang kita semua sedia maklum. Jadi Rambo adalah alternatif yang terbaik.

Macam mana nak Rambo?

1. Jangan Rambo Tanpa Bagi Salam

Ini Malaysia, kita beradat timur. “Salam” perkara paling awal kita kena bagi. Bak kata orang tua – tua “masuk tempat orang bagi salam”.

Sebaiknya seminggu sebelum nak rambo, ‘reiki’ tapak – tapak pasar malam yang berpotensi. Perhatikan setiap lompang – lompang kosong yang ada di pasar malam tersebut.

Luangkan sedikit masa dan tanamkan sedikit keyakinan untuk bertanya kepada pakcik / makcik yang berniaga disebelah tapak kosong tu berkenaan status tapak tersebut.

Tanyalah pada pakcik / makcik tu : “Pakcik, sebelah ni ada orang niaga ke?”

Kalau jawabnya tiada, tanya pula : “Siapa yang handle / uruskan pasar malam ni?”

Bila diberitahu siapa, jawab pula : “Terima kasih pakcik”

2. Cari Dan Jumpa Dengan Person In Charge

Selalunya PIC adalah ketua persatuan penjaja atau ketua rukun tetangga pengelola pasar malam di kawasan terbabit

Cerita baik – baik niat kita nak mencuba niaga di pasar malam atas desakan ekonomi bla bla bla.

Orang kita ni mudah aje, kalau kita berbudi maka orang berbahasa. Jadi positifkan minda. Cakap baik-baik walaupun mungkin pakcik tu akan cakap kerek-kerek ke apa. Doa pada tuhan minta permudahkan jalan.

Insyallah, kalau takde aral, dengan kebenaran person in charge, minggu depan tu datang semula dan berniaga di tapak yang kita dah tanya tu secara rambo. Risikonya apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) buat operasi (insyallah setahun 2 kali).

3. Sediakan Mental Tanggung Risiko

Kalaupun PBT datang buat operasi, jangan takut sangat. Cakap baik-baik dengan mereka walaupun ditengking atau ditegur. Mereka hanya jalankan kerja mereka, kita kena faham.

Jangan marahkan mereka. Mereka pun makan gaji. Kalau tak buat kerja mereka berdosa. Kita nak tanggung dosa mereka kah?

Cerita baik-baik dan ikut arahan mereka. Kalau meraka kata tutup, maka tutuplah, kemas. Mungkin masa tu rezeki kita sampai situ aje.

Paling penting jangan melawan. Melawan boleh menyebabkan anda disaman dan perkakasan niaga anda disita. PBT ada kuasa menyaman dan menyita. Ini fakta, tetapi pegawai ada simpati dan hati. Ini anda mesti tackle.

Ingat dan jangan lupa. PBT ada kuasa saman dan sita perkakasan peniaga tanpa lesen.

www.tukangfikir.com

4. Berbaik – Baik Dengan Jiran

Berniaga pasar malam ni macam hidup berjiran di kampung. Kita saling memerlukan satu sama lain. Aku dulu masa niaga pasar malam manjang terlupa atau tertinggal barang.

Siapa lagi kita nak harapkan di waktu-waktu getir ketika sedang berniaga kalau bukan jiran niaga.

Merekalah tempat aku meminjam plastik, sudu, lidi sate, bawang dan macam-macam lagi lah. Masa aku niaga di Pasar Malam UIA tahun 2011 dulu, setahun aku pinjam Pakcik Darpen punya elektrik untuk nyalakan lampu di gerai aku.

Satu sen pun dia tak minta. Setiap kali aku nak bayar dia pasti mengelak. Siap bagi aku sebungkus keropok dan goreng pisang percuma lagi.

5. Bertabahlah

Tiada yang kekal di dunia ini termasuklah keindahan. Bertabahlah kalau hari pertama kau berniaga sales RM10 aje. Bertabahlah juga kalau baru siap pasang khemah set up gerai hujan lebat menimpa dari jam 5 sampai 8 malam.

Itu benda yang akan dilalui sebagai peniaga pasar malam. Jangan gusar jangan gundah-gulana.

Kenangilah saat di mana pada jam 6 petang kau dah berjaya buat jualan sebanyak RM 500. Kenangilah saat kau sedang setup kedai customer dah order berpuluh-puluh bekas.

Tabahkan hati, jangan mengalah.

6. Pasang Niat Untuk Dapatkan Lesen Yang SAH

Bila dah sedap berniaga Rambo, dalam 3-4 bulan berniaga di tapak yang sama, maka layaklah lesen bagi tapak tersebut untuk dipohon. Ikut prosedur yang betul sepperti digariskan oleh PBT. Elakkan beli tapak daripada owner lama tapak tersebut.

Faktanya, apabila peniaga mengabaikan tapak (tidak membayar fee lesen / permit) maka secara automatik lesen bagi tapak tersebut terbatal dan tapak tersebut adalah dibawah kuasa lesen PBT.

Jangan tak tahu ada tapak pasar malam yang dijual atas tangan setinggi RM 10k satu lot 6’x6’. Harga biasa adalah dalam lingkungan RM500 – RM1,500.

Elakkan, mohon dengan PBT (melalui pengelola atau pun secara terus). Sediakan dokumen dan gambar berkaitan, mohon. Biar lambat asalkan tak rugi.

7. Pasang Cita – Cita Untuk Berkembang

Tetapkan masa nak berniaga atau boleh berniaga sampai bila. Contohnya dalam masa 5 tahun target nak ada kedai statik atau nak buka cawangan kat tapak lain.

Kena berkembang. Kalau tidak pasti akan tersangkut. Kumpul info, ilmu dan pengalaman banyak-banyak. Insyallah pasti berjaya.

Masa aku mula Mytakoyaki dulu, memang dikira nak kembangkan cara model franchise. Alhamdulillah dalam masa setahun dapat bina sistem dan selepas tu buat pilot test dalam masa setahun kemudian berkembang dengan cara licensing.

Kebanyakan Rakan Niaga Mytakoyaki aku advice untuk mula di pasar malam dengan cara sebegini. Sebabnya pasar malam adalah tempat paling cepat untuk mendapatkan ROI.

Jika berminat nak niaga takoyaki, bolehlah hubungi aku.


Tulisan asal : Mohd Ridzuan


Baca Sini : Bagaimana Lelaki Ini Menukarkan Sampah Sarap Menjadi Sumber Pendapatan Yang Lumayan.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Comments

comments