6 LANGKAH SIMPAN RESIT RESIT SECARA TERATUR

Antara kesukaran peniaga kecil adalah sukar untuk menguruskan perbelanjaan dan meyimpan resit. Di sini saya kongsikan bagaimana cara simpan resit dengan mudah.

Berikut saya kongsikan pengalaman saya menguruskan resit secara manual sebelum beralik ke arah sistem yang lebih terkini.

Saya pasti ramai yang memerlukan panduan ini.

1. Mintak Resit Untuk Setiap Pembelian

Kalau kedai tu kata tiada, kita suruh mereka tulis dan cop.

Kenapa? Sebab benda ni kena dijadikan kebiasaan. Kalau tak dibiasakan sampai bila pun takkan jadi.

Mintak Resit.
Mintak Resit.
Mintak Resit.

2. Sediakan Beg Kecil Berzip

Penting supaya resit tak bersepah..

Dah penat belajar mintak resit, resit pula hilang. Memang tak jadi apalah jawabnya.

Beli lah 2/3 buat standby dalam kereta/beg kita.

Kalau rasa besar belilah yang kecil pun tak mengapa.

Jangan simpan dalam dompet. Memang mengeramlah resit tu dalam dompet sampai bertukar warna.

3. Rekodkan Mengikut Kategori

Rekodkan dalam buku atau buat jadual di dalam microsoft excel dan print.

Penting! Ini untuk bantu kita track perbelanjaan bulanan kita.

Adakah belanja peribadi yang tinggi? Belanja bisnes yang tinggi atau semuanya tinggi? Hehehe

4. Buat Dua Slinan untuk Setiap Resit

Kalau kita tak buat, takutnya resit yang kita simpan tu akan hilang, pudar atau rosak.

Ada banyak aplikasi dalam android atau ios apple store yang mana kita boleh ambil gambar dan terus simpan dalam folder yang kita dah tetapkan.

Best tak?

Tapi yang ni cara old school but trust me it’s really works.

5. Simpankan Semua Resit Di Dalam Fail

Simpan semua salinan resit tersebut mengikut kategori dan asingkan setiap fail.

i) Belanja peribadi.
ii) Belanja business.
iii) Belanja tetap bulanan.

6. Simpankan Semua Rekod Mengikut Bulan Secara Berasingan

Simpan rekod ikut bulan supaya nanti senang nak kira cukai dan memudahkan kerja akauntan.

Jadi taklah kita kena charge harga kapak kan, ini tak ada, itu tak ada.

Cara ni juga bantu kita untuk jimatkan ruang fail.

Tak payah nak berpuluh fail kat rak. Kalau rekod belum banyak, boleh juga buat divider di dalam fail mengikut bulan.

Pokok pangkalnya kena buat.

Jadi tolonglah amalkan ya.
Jangan sekadar baca sahaja.

Semoga bermanfaat insya allah.

 

 

Comments

comments