5 Sebab Mengapa Pengurusan Akaun Lebih Penting Daripada Sales Dan Marketing

Kita banyak melabur dalam memantapkan strategi pemasaran dan jualan tetapi tidak untuk satu sistem akaun yang baik atas tanggapan akaun bukanlah sumber keuntungan bisnes.

Tetapi situasi sebenarnya.

1. Untung Atau Rugi
Dengan akaun, barulah kita tahu tahap bisnes kita ini. Ramai usahawan menyatakan telah mendapat untung besar walhal sebenarnya bisnes sedang JATUH!

2. Hutang
Ramai usahawan dihantui pemiutang kerana gagal membayar mengikut masa ditetapkan kerana duit ‘pusing’ terpusing entah ke mana. Akhirnya berbisnes, tetapi STRESS!

3. Pendapatan
Melalui akaun, usahawan dapat mengurangkan kos yang berlebihan dan menambahkan pendapatan dalam pelaburan yang lebih menguntungkan. Contohnya, ambil staf buat SALE!

4. Berkembang
Melalui akaun sebelum ini, usahawan dapat membuat bajet perniagaan untuk masa akan datang. Jika sekarang RM10,000, sasaran 3 bulan seterusnya RM30,000!

5. Perompak
Ramai usahawan semakin baik hati menyerahkan duit tunai mereka diuruskan oleh ‘orang lain’ dengan alasan percaya tanpa sistem yang betul. Akhirnya…. yang kaya tu SIAPA?

Pernah melalui situasi – situasi di atas? Itulah semua situasi saya sebelum ini.

Jika nilai jualan anda tinggi tetapi masih tercari – cari sumber untuk menampung kos overhead, anda mungkin mengalami perkara – perkara di atas. Untuk pengetahuan anda, masih belum terlambat untuk berubah.


Tulisan asal : Muhd Hasrul


Baca Sini : 12 Perkara Perlu Ada Dalam Perjanjian Perkongsian.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Baca Juga

Comments

comments