4 Perkara Yang Membolehkan Pengarah Syarikat Disenarai Hitam

Khas kepada mereka yang mendapat tawaran atau bercita – cita untuk menjadi pengarah syarikat, perlu tahu perkara ini dulu sebelum menjadi pengarah syarikat.

Jangan anda pilih untuk jadi pengarah, jika anda tidak ketahui perkara yang boleh menyebabkan anda boleh dikompaun dan disenaraikan hitam untuk jadi pengarah seterusnya.

4 perkara yang anda wajib ketahui. Pastikan anda ketahui perkara – perkara dibawah.

1. Denda RM5,000
Jika sesebuah syarikat itu tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) sekali bagi setiap tahun, di bawah Seksyen 143(1) setiap syarikat dan pegawai akan dikenakan denda sebanyak RM5,000.00 kerana kelalaian, ketiadaan penyediaan laporan kewangan dan syarikat dorman atau tidak aktif.

Oleh kerana itu, setiap syarikat wajib mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi setiap tahun bagi mengelakkan daripada dikenankan sebarang hukuman.

2. Denda RM30,000
Dibawah Seksyen 4, pengarah syarikat akan di penjara dan didenda sehingga RM30,000 jika syarikat tersebut tidak menyimpan semua rekod perakaunan seperti resit, invoice, cek, nota perjanjian dan dokumen – dokumen lain yang berkaitan untuk menerangkan kaedah pengiraan laporan kewangan dan laporan audit.

3. Denda RM2,000
Pada setiap tahun, setiap syarikat diWAJIBkan untuk menyediakan penyata tahunan yang dibuat pada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) diadakan.

Di samping itu, penyata tahunan yang telah disiapkan hendaklah ditandatangani oleh pengurus dan setiausaha syarikat dan ia perlu diserahkan kepada SSM.

Jika sesebuah syarikat tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan tidak menyediakan Laporan Audit kewangan, sesebuah syarikat akan dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dibawah Seksyen 165(1).

4. Penjara 5 Tahun
Jika sesebuah syarikat tidak mencatat dan tidak membentangkan Laporan kewangan, syarikat dan pengarah tersebut akan dikenan denda sebanyak RM30,000 dan pengarah syarikat boleh dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dibwah Seksyen 169(1)(3)(5).

Sehubungan dengan itu, pengarah syarikat perlulah memastikan syarikat mereka menyatat dan menyediakan Laporan kewangan syarikat bagi mengelakkan sebarang denda dikenakan ke atas mereka.

Pastikan anda ketahui semua ini, dan rujuk pada setiausaha syarikat anda untuk elak ia berlaku. Kerjasama anda juga perlu ada untuk elak perkara ini berlaku.


Tulisan asal : Amsyari Zarir


Baca Sini : 7 Kelebihan Syarikat PLT Berbanding Sdn Bhd.


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Comments

comments