Ada 2 jenis pemegang saham yang perlu kita tahu & faham semasa bersyarikat. Sila kongsikan penulisan ini untuk manfaat kita bersama. Terima kasih.

Pemegang Saham biasanya terdiri daripada 2 golongan. Golongan Pertama, dia adalah pemegang saham dan dia juga membuat kerja dalam syarikat. Golongan Kedua, dia menjadi pemegang saham sahaja tanpa bekerja di dalam syarikat.

Bagi golongan Pertama ini, pemegang saham yang bekerja di dalam syarikat disarankan untuk mengambil gaji mengikut kemampuan syarikat/bisnes. Sekiranya syarikat hanya mampu memberi gaji sebanyak RM 400 pun pada bulan pertama, cukup memadai.

Sentiasa check aliran tunai dan kesihatan kewangan syarikat untuk menentukan paras gaji selamat untuk tentukan gaji pada peringkat permulaan bersyarikat. Pemegang saham yang bekerja juga mempunyai hak untuk mendapatkan pembahagian keuntungan dividen syarikat berdasarkan berapa peratusan saham
yang dimiliki dengan keuntungan bersih setelah di tolak semua kos.

Manakala bagi golongan kedua pula, mereka hanya layak mendapat dividen sahaja. Golongan ini tidak layak mendapat gaji kerana tiada kerja yang dibuat untuk syarikat.

Golongan kedua ini layak untuk mendapat komisyen daripada projek yang berjaya diperolehi syarikat sekiranya mereka bekerja untuk mendapatkan projek tersebut.

Ini antara 2 golongan pemegang saham yang biasa di dalam syarikat.

Ia tidak sama dengan pengkhususan jenis-jenis share seperti Ordinary Share, Preference Share dan Special Share.

 

Tulisan asal : Azreen Osman

 

Baca Sini : 7 Kelebihan Syarikat PLT Berbanding Sdn Bhd.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments