Hasil daripada lonjakan saham Amazon, Pengasas dan CEO Amazon, Jeff Bezos kini telah mengambil alih tempat teratas sebagai lelaki terkaya di dunia.

Bezos mula mengasaskan Amazon pada tahun 1994. Selepas mendengar tentang peningkatan terhadap penggunaan internet, beliau terus keluar daripada dunia kerjaya finance pada ketika itu.

Amazon hanya bermula sebagai kedai buku atas talian pada ketika itu dan kini, Amazon merupakan ‘Peruncit Atas Talian’ yang paling berharga di Amerika Syarikat dan menjadikannya sebagai syarikat keempat dengan nilai paling tinggi di dalam dunia.

Bezos memintas Bill Gates sejurus selepas lonjakan saham Amazon mendorong jualan bersih CEO peruncit dalam talian kepada $ 90.4 bilion pada pagi Khamis, menurut Forbes. Gates memegang tempat teratas sejak Mei 2013, menurut Bloomberg. Ianya menjadi satu perjalanan yang mantap untuk pengasas Amazon ini selepas beliau bemula sebagai orang keempat terkaya di dunia awal tahun ini.

Beliau juga kini telah mengatasi pengasas Inditex SA Amancio Ortega, kini terkaya ketiga di dunia, dan Warren Buffett, Berkshire Hathaway, kini orang terkaya keempat di dunia.

Fortune juga telah mengiktiraf Bezos sebagai Businessperson of the Year in 2012 dan juga World’s Greatest Leader in 2016.

Saham Amazon telah meningkat 40% pada tahun ini sehingga hari rabu yang lalu, dan 17% kepentingan saham Bezos telah menambah $ 24.5 bilion kepada nilai bersihnya, menurut Bloomberg. Amazon juga dijangka bakal menyaksikan kenaikan hasil suku tahunan sebanyak 22%, menurut tinjauan penganalisis Bloomberg.

Amazon sendiri mempunyai reputasi yang amat baik pada tahun ini dengan membeli Whole Foods dan memperluaskannya ke Singapura yang mana ianya bakal membawa satu cabaran kepada Alibaba dan Jack Ma.

 

Baca Sini : Cerita Bagaimana Jack Ma ‘Menendang Keluar’ eBay Daripada Pasaran China.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya be

Facebook Comments