Saya ‘seronok’ membaca bila usahawan baru menceburi bisnes jalanan membuat kira-kira.

Sebagai contoh, sehari hasil jualan gerai rm400x30hari= rm12K sebulan. Waaah, macam best jak bila nampak diatas kertas.

Katalah dalam 12K tersebut keuntungan bersih 30%. Hasilnya akan jadi rm3,600 sebulan.

Berbaloi sebenarnya bila jadi usahawan jalanan ni. (Dalam kertas)

Tetapi,

Hakikat yang belum masuk kiraan bila buat bisnes jalanan di Malaysia adalah seperti berikut:

CUACA

Kebanyakan hari di Malaysia cuacanya tidak menentu dan cepat berubah, bila jualan yang yang berkaitan dengan faktor cuaca ini diperdagangkan ianya turut terpengaruh dengan situasi ini. Contoh jualannya, air balang, buah-buahan dan segala macam jus.

LOKASI.

Ini penentu kepada faktor laku keras atau tidak jualan tersebut, lokasi kena strategik dimana arus laluan orang ramai berada, mungkin hari pertama anda diserbu pelanggan disebabkan keunikan atau bisnes baru yang anda kenalkan.

HARI GAJI

Hampir kebanyakan tempat bisnes jalanan di Malaysia dipengaruhi oleh faktor ‘hari gaji’ ini. 3 hari sebelum dan selepas gaji memang jualan akan mencanak naik dan peniaga tidak menang tangan melayan pelanggan.

SAINGAN

Bisnes jalanan ini sifatnya ‘copas’ meniru orang lain. Semakin laku bisnes yang anda lakukan semakin cepat proses ‘tirunisasi’ itu berlaku. Katalah dalam 2-3 hari anda buat bisnes ini dan dia menjadi laku keras. Tup tu minggu depan sudah ada booth baru didepan anda jual benda yang sama.

Jadi, bagaimana pengiraan yang ‘jujur’ yang boleh anda lakukan untuk bisnes jalanan ini?

Ambiklah 12 hari penuh sebagai hari yang menghasilkan jualan maksimum kemudian kalikan dengan anggaran pendapatan harian anda sekarang. Contohnya: 12h x rm400= rm4800 julan bersih pada bulan tersebut.

Rm4800 inilah yang perlu anda gunakan sebagai modal pusingan bisnes tersebut. Dan juga untuk tujuan bayaran gaji sendiri dan kakitangan anda.

Ingat, duit pendapatan bukan duit gaji anda ya, kerana ianya perlu dibahagikan lagi kepada perkara-perkara lain ‘circle’ bisnes anda tersebut.

Otai-otai bisnes jalanan seperti Tuan Mohd Zaki Salleh dan Tuan Roslan Rahmat yang saya kenali boleh mengesahkan perkara ini. ­čśŐ

Andy Syamsuddin
Ex Peniaga Jalanan.

Facebook Comments

About Firdaus Jailan

Pembangun ASAL tukangfikir.com. Penulis versatail yang menggunakan bahasa mudah faham dan digemari oleh orang bisnes.