Antara tips untuk menjalankan kempen branding secara digital adalah :

Agenda Setting : 1 syarikat pengeluar produk memilih untuk highlight satu produk tunggal yang mempunyai kekuatan belian dan nilai hook tinggi atau LTO baharu. Kemudian produk ini di sertakan dengan copy yang kuat. Copy & visual produk ini sebenarnya tidak menerangkan apa yang pengguna ingin pada produk, tetapi apa yang kita ingin pengguna fikir tentang produk.

Produk ini digandingkan dengan slogan yang memorable, mudah diingati, atau jenama, diganding dengan slogan yang catchy. Boleh juga digandingkan dengan nilai budaya jika ianya sebuah syarikat.

Contoh :
Proton mengeluarkan produk baharu. Kempennya diolah untuk tidak fokus kepada berapa laju kerata itu boleh pergi, tetapi diframekan supaya ianya dilihat sebagai gaya hidup. Pakai proton, anda nampak cool, nampak patriotik. Inilah frame yang akan membentuk realiti.

[Cool + Patriotik + Gaya hidup] ini rangka nya. Setelah rangka siap, kerja visual & copy akan terbina dari sini.
Semua channel digital bergerak selari dengan slogan yang sama, visual yang sama, pattern yang sama. Kempen ini boleh jadi 3 bulan atau 6 bulan.

Kenapa kempen perlu direhatkankan? Bukan save budget, tetapi mengelakkan audience kepenatan. Audience yang penat tidak akan respon dengan bagus pada kempen.

Anda ada budget besar, jangan terus spend sepanjang tahun, berikan rehat pada kempen dan audience anda.

*LTO = Limited Time Offer.
*Copy = Copywriting.
*Visual = Output Grafik.

Ini hasil bacaan & pengalaman saya. Boleh dibahas dan diberikan nafas segar.

Boleh juga rujuk kawan – kawan pengamat marketing lain yang menyentuh bab ini, boleh jadi mereka punya dapatan yang lebih bagus & tepat.

 

Tulisan asal : Lutfi Sam Bouroq

 

Baca Sini : Sebab Kenapa Orang Ramai Lebih Memilih Grab Car Berbanding Uber.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments