Sesuatu yang kita patut belajar daripada sejarah.

Pada ogos tahun 1999, graduan Havard iaitu Shao Yibo (“Bo”) mendirikan EachNet untuk mewujudkan eBay di China. Pada tahun 2001, CEO eBay Meg Whitman, melawat Shanghai untuk bertemu dengan Bo. Pada waktu itu eBay membeli 33% pegangan saham di dalam EachNet dengan harga 30juta USD.

Jack Ma mula rasa terancam dengan kehadiran eBay di China dan merasakan kehadiran eBay bakal menggugat kedudukan Alibaba dan dengan itu pada tahun 2002 Jack Ma telah bekerjasama dengan Softbank dan Softbank telah melaburkan sejumlah 80juta USD untuk membantu Alibaba melawan pengaruh eBay di China.

Jack Ma dan team seterusnya memulakan Taobao secara senyap. Mereka memulakan Taobao di apartment yang sama dimana Alibaba dimulakan dahulu. Untuk melawan kenaikan kos, Tabao mengambil inisiatif untuk tidak mengenakan listing fees kepada penjual berbeza dengan EachNet.

Akhirnya mei 2003 Taobao telah pun dilancarkan walaupun pada masa itu mereka masih lagi beroperasi secara senyap dan rahsia.

Pada julai 2003, eBay dapat mengambil alih EachNet dan memperoleh keuntungan 90% daripada pasaran perbelanjaan atas talian di China. Disebabkan pengurusan eBay China yang terletak di US, perkara ini menyebabkan pengurusan menjadi perlahan.

Bulan oktober 2003, Alibaba memperkenalkan Alipay, iaitu servis pembayaran atas talian daripada Alibaba.

Pada september 2004, eBay mengambil keputusan untuk memindahkan server EachNet daripada China ke US. Ini menyebabkan kebanyakan pelanggan setia eBay mula berang disebabkan keadaan trafik yang semakin perlahan.

Keadaan website eBay yang semakin teruk menyebabkan kegagalan eBay sendiri untuk survive dan menyebabkan ramai pelanggan setia mereka telah beralih kepada Alibaba.

eBay akhirnya melancarkan sistem pembayaran melalui Paypal dan sistem pembayaran atas talian eBay sendiri di China pada disember 2004 namun ianya tidak berhasil oleh kerana pengalaman buruk yang pernah dirasai oleh pengguna eBay sebelum itu.

Pada mei 2005 Meg Whitman telah gagal untuk membeli Taobao selepas berjumpa dengan Jack Ma untuk kali yang kedua yang mana situasi ini akhirnya membawa kepada eBay China menutup laman web mereka pada disember 2006.

Dalam situasi ini, sebenarnya kita tidak perlu untuk bersaing dengan Big Boys untuk menaikkan jenama kita untuk dikenali. Apa yang paling penting sebenarnya ialah bagaimana kita bermain di dalam padang yang kita sendiri pilih untuk main.

Ini adalah cara bagaimana kita ingin meluaskan kawasan jajahan kita di dalam mengembangkan segmen pelanggan kita tanpa perlu bersaing dengan orang besar.

Ibarat kata daripada Jeneral Jack Ma,

“Boleh jadi eBay adalah jerung di lautan tapi Alibaba adalah buaya di Sungai Yangtze. Jika kita bertarung di laut, kita akan kalah tetapi jika kita bertarung di dalam sungai, kita akan menang.”

 

Artikel asal : Tech in Asia

 

Baca Sini : Kisah Jatuh Bangun Empayar Nouvelle Visage Yang Boleh Dijadikan Contoh Dalam Perniagaan.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments