Kilang abang banyak mendapat tempahan untuk produk minuman pracampuran jenama sendiri.

Ramai yang berjaya.

Ada yang 50,000 unit sebulan. Ada yang 30,000 unit sebulan. Ada yang 10,000 sebulan. Ada juga yang 5,000 unit sebulan.

Ada antara mereka yang dah famous pon. Billboard bersepah – sepah. Ada iklan TV. Ada iklan radio.

Maaf ya abang tak boleh dedahkan siapa pelanggan – pelanggan abang.

Mereka semua usaha buka pasaran sendiri. Rata-rata mereka bermula dengan modal kecil. Mereka mula dengan 1000 unit.

Dalam ramai yang berjaya, ramai juga yang masih belum berjaya. Produk terporok bawah katil, atas siling dan juga bawah tanah.

Di sini abang highlight beberapa perkara yang kita kena ambil perhatian sebelum ambil keputusan untuk bina jenama sendiri.

1. Modal

Memang benar kos buat produk di kilang abang tidaklah tinggi mana. Tapi modal mula tak bolehlah ngam – ngam untuk peruntukan produk semata – mata.

Kos nak bergerak, kos marketing tools, kos iklan, kos event booth, overhead bulanan dan macam – macam lagi.

2. Produk

Anda boleh hasilkan apa saja produk yang anda nak.

Persoalannya adakah orang terkinja – kinja nak beli apa yang kita jual?

Jangan buat produk syok sendiri.

3. Fokus

Meniaga macam – macam. Lantik pengurus pon tidak. Rasa diri sendiri boleh buat semua.

Itu yang jadi masalah.

Jika kita betul – betul fokus, In shaa Allah boleh.

4. Ilmu Pemasaran Dan Jualan

Kita tengok orang macam senang jual Chokee kita pon sibuk nak buat produk macam tu jugak.

Strategi kita pulak mudah. Paksa kawan – kawan, saudara mara yang bukan ahli niaga beli. Paksa mereka jadi agent dan stokis.

Bila repeat order slow. Kita rasa nasib tak menyebelahi. Kita kata produk ni dah berlambak di pasaran. Tak boleh jual.

Senangnya buat kesimpulan kan.

Okaylah.

Cukup sampai sini dulu.

Banyak lagi abang nak tulis tapi abang dah mengantuk.

Abang harap korang dapatlah sedikit ilmu bermanfaat untuk pedoman di masa hadapan.

Yang mengantuk,
Syukor Majid
Owner kilang minuman pracampuran yang paling kacak tampan dan bergaya.

 

Baca Sini : 6 Perkataan Yang Boleh Digunakan Untuk Membuatkan Pelanggan Gembira.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments