Setiap pemulaan tahun baru adalah satu peluang untuk bermula dengan nama yang bersih untuk membuat satu kemajuan besar ke arah mencapai matlamat di dalam perniagaan.

Walaupun dengan niat yang baik, sedikit tabiat buruk boleh menjejaskan kemajuan kita sebelum kita bermula. Berikut adalah 9 tabiat buruk yang boleh dielakkan supaya kita boleh menggerakkan perniagaan kita dengan lebih maju ke hadapan.

1. Membandingkan Diri Sendiri Dengan Orang Lain

Ia sebenarnya merupakan sabotaj kepada diri sendiri. Perbandingan ini sebenarnya adalah satu perbandingan yang tidak adil. Ini kerana sebahagian besar masa anda membandingkan perjalanan anda sebagai seseorang yang baru bermula dengan seseorang yang sudah setahun mula lebih awal daripada kita.

Paling menyedihkan, jarang sekali kita mempunyai maklumat yang cukup tentang keadaan usahawan lain untuk membuat penilaian. Adalah lebih baik masa yang diperuntukkan untuk fokus kepada apa yang orang lain lakukan, lebih baik dibelanjakan memajukan projek – projek kita sendiri.

2. Terlalu Banyak Senarai Tugasan

Data dari iDoneThis menunjukkan bahawa 41% daripada senarai tugasan yang ditulis tidak pernah dilakukan. Apabila kita cuba untuk melakukan terlalu banyak perkara, kita sebenarnya bakal menjerumuskan diri ke arah kegagalan.

3. Sentiasa Berkata ‘YA’

Cara yang terbaik untuk membuat senarai tugasan adalah dengan hanya mengatakan “ya” kepada aktiviti yang memajukan bisnes kita. Katakan ‘tidak’ atau ‘bukan sekarang’ kepada sesuatu yang tidak perlu atau tidak penting.

4. Menunggu Sesuatu Sehingga Sempurna

Anne Lamott pengarang Bird by Bird meletakkan cara ini,

“Kesempurnaan adalah suara seorang penindas, musuh setiap manusia.”

Jika semua perkara yang ingin dilakukan mesti menunggu hingga sempurna, hasil yang akan kita dapat sangatlah sedikit dan paling penting ia akan melambatkan pertumbuhan bisnes kita.

5. Mengelak Kegagalan

Menurut Seth Godin, mereka yang selalu melalui kegagalan akan lebih cepat untuk mencapai kajayaan. Lebih kerap kita melangkah keluar dari zon selesa untuk belajar dengan melakukan kesilapan, lebih banyak maklumat yang kita akan dapat untuk digunakan kearah kejayaan.

6. Menjadi Superman

Kita tidak boleh melakukan segala – galanya sendiri. Berhenti bekerja seorang diri. Fokuskan masa untuk kerja – kerja yang hanya kita perlu lakukan untuk perkembangan bisnes kita. Letakkan kepercayaan kepada staf dan bahagi – bahagikan kerja kepada mereka mengikut keperluan bisnes kita.

7. Perancangan Yang Terlalu Tegas

Setiap perancangan perlukan pertukaran daripada segi masa dan keadaan. Apabila sesuatu perancangan telah kita telah lakukan dan tetapkan adalah terlalu ketat sehingga tidak boleh diubah, ia akan menjadikan perancangan itu menjadi sukar untuk diubah jika perlu disesuaikan dengan keadaan ketika diperlukan di kemudian hari.

8. Beroperasi Tanpa Strategi Dan Perancangan

Data menunjukkan bahawa hanya 65% daripada kebanyakan syarikat yang mempunyai strategi. Jika kita tidak tahu bagaimana untuk menetapkan perancangan dan strategi yang baik untuk syarikat, kita berkemungkinan akan terlibat dalam situasi kerja yang sibuk tanpa produktiviti dan bukannya aktiviti yang mendorong untuk syarikat ke hadapan.

9. Multi-tasking

Tanggapan bahawa melakukan lebih daripada satu perkara pada satu masa akan membantu anda mendapatkan lebih banyak produktiviti adalah sebuah mitos. Kajian menunjukkan bahawa kita akan 40% kurang produktif apabila anda melakukan pelbagai tugasan sekaligus. Lebih baik fokus kepada hanya satu tugasan sahaja.

Buang segala tabiat buruk supaya tahun ini kita boleh mengembangkan bisnes kita kearah skala yang lebih besar.

Pilih satu daripada tabiat diatas dan hapuskan secara berperingkat supaya kita boleh fokus terhadap perkara lain yang lebih penting dan positif.

Akhirnya sampai satu tahap, anda akan melihat kesan positif kepada kehidupan anda setelah anda membuang semua tabiat buruk di atas.

 

Baca Sini : Pengorbanan Seorang Bos Yang Kebanyakan Staf Tak Pernah Ambil Tahu.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments