My ex – boss, gaji sebulan RM40,000.

Waktu tu aku tengok dia datang ofis pagi, tunjuk muka sekejap, cakap – cakap sikit lepas tu keluar. Belah petang pula datang tunjuk muka, cakap – cakap sikit, gelak – gelak lepas tu balik. Dalam hati aku, amboi senangnya kerja dia. Kerja macam tu ke setiap bulan dapat RM40,000. Fuhhh.

Hari ni baru aku faham.

Apa yang kita nampak? Bos ni kerja dia goyang kaki saja. Setakat datang tunjuk muka, cakap sikit – sikit, kucing aku pon boleh buat. Apa yang kita nampak? Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang staf – staf tak nampak.

Dia bukan CEO. Pemegang jawatan CEO tu abang dia. Walaupun sebagai CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi dan jawatan yang berpendapatan RM40,000 tu.

Abang dia pon mula kerja daripada bawah. Siap pernah kena simbah dengan sup panas dengan orang awam kalau tak silap. Dia cuma berniaga. Bukan nak tanduk orang tak tentu hala atau pon nak buat jahat. Pelik juga dengan orang awam ni sampai nak simbah dengan sup panas tu buat apa?

Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun di biar usaha dari bawah. Kerusi gaji RM40,00 tu cuma boleh duduk bila dah betul – betul layak.

Part dia mengesot berhempas pulas dari bawah sementara nak layak duduk atas kerusi berjawatan berpuluh – puluh ribu tu adalah antara part yang kita sering terlepas pandang dan tak nampak.

Antara part yang kita tak tengok lagi, kita katalah ada anak 2 orang, isteri 1 orang termasuk diri kita ada 4 perut semuanya.

Kita sebagai staf cuma akan fikir macam mana nak isi 4 perut ni je pon palik tidak tiap – tiap bulan.

Katalah bos yang gaji RM40,000 sebulan ni, dibawah jagaan dia ada 40 orang staff. Katalah purata family member bagi setiap seorang bagi 40 orang staf ni ialah 4 orang.

1 orang = 4 perut.

4 perut x 40 orang staf = 160 perut.

Tolak diri bos ni dan family dia, dia nak kena fikir tiap – tiap bulan macam mana supaya dia boleh tetap bayar gaji supaya 160 perut ni dapat diisi.

Kita fikir nak isi 4 perut dengan bos fikir nak isi 160 perut. Kalau kita tiap – tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut, agak – agak macam mana bos punya stress nak pastikan 160 perut dapat diisi?

Nisbahnya 1:40, bermaksud bos 4 kali ganda lebih stress dari staf. Jadi, fikir balik, layak atau tidak tuhan bagi gaji RM1,000 dan bagi RM40,000 kepada bos?

Antara sifat tuhan itu ialah adil. Adil itu bukan sama rata. Sama rata bukan adil. Adil tu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Macam mana nak faham statement ni?

Macam ni. Kita ambil nisbah kat atas tadi 1 sahaja untuk kita tapi untuk bos nisbah 40. Kalau ‘Dia’ bagi kita RM40,000 sebulan dan bos pula RM40,000 sebulan, adakah itu adil?

Sudah tentu tidak adil kan? Itu namanya sama rata.

Jadi kalau selama ini ada dalam kalangan kita yang suka mengata kat bos tu, harap – harap terbuka sikitlah minda tu ye dengan perkongsian ni. Kalau bos tergarang sikit pada sesuatu masa, mungkin bersebab dan kita maafkan jelah dia.

Kot nampak bos bersenang lenang tu janganlah iri hati dengan dia. Masa dia bekerja, masa dia menangis, masa dia stress untuk pastikan kita sebagai pekerja serta anak – anak kita terus terisi perutnya kita pon tak tahu kan.

Bulan depan ni dapat gaji lagi, pergi kat bos ucapkanlah terima kasih dari sudut hati yang paling dalam dengan senyuman yang paling ikhlas.

Duit gaji yang kita dapat tu memang betul dari hasil titik peluh kita usaha tapi bos tu juga lah yang terus kuat berusaha supaya kita masih mampu untuk terus bekerja. Mungkin dengan ucapan seikhlas itu boleh gembirakan hatinya. Boleh hilangkan stress dan keletihan dia mengurus syarikat.

Korang yang baca ni faham tak ni? Tak faham tak apa. Bulan depan boleh berhenti kerja dan boleh cuba untuk buka syarikat sendiri. Dari situ mungkin korang akan faham macam mana susahnya nak bangunkan syarikat sementara nak boleh ambil pekerja. Bila dah ada pekerja pula kena pastikan macam mana kita boleh terus mampu untuk gajikan pekerja – pekerja tu.

 

Tulisan asal : Muhammad Afiq Ikhwan

 

Baca Sini : 5 Sebab Kita Perlu Lebih Agresif Pada Tahun 2017.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments