Tips ni sesuai untuk yang baru buat bisnes sendiri. Ni cara basic untuk kita rancang zakat perniagaan. Tak lah kalut nak bayar hujung tahun.

1. Awal tahun buat rancangan kewangan untuk bisnes kita. Berapa target jualan yang kita nak buat untuk tahun 2017 katakan. Dari situ buat juga anggaran belanja setahun.

2. Hasil jualan – Belanja = Untung (Nilai ni hanya anggaran kita sahaja).

3. Untung darab dengan kadar zakat 2.5%.

Contohnya:

A) Hasil atau Jualan atau Pendapatan : Katakan RM10,000 sebulan.
RM10,000 x 12 bulan = RM120,000 setahun.

B) Tolak : Belanja/Kos = Katakan RM60,000 setahun.

C) Keuntungan Bersih Setahun (A – B) = RM60,000.

D) Zakat Perniagaan : RM60,000 x 2.5% = RM1,500 setahun.

Atau kita boleh pecahkan pada kiraan bulanan. Cara kiraan yang sama. Jadi sebulan jumlahnya lebih kecil.

Katakan jumlah jualan dan kos sama seperti di atas.

RM10,000 – RM5,000 = RM5,000.
RM5,000 x 2.5 % = RM125 sebulan.

Bandingkan anggaran zakat ni dengan untung sebenar setiap bulan. Dah boleh reserved siap – siap RM125 ikut anggaran kita ni.

Bayaran zakat ni boleh buat terus setiap bulan atau asingkan duit zakat tu siap – siap hujung tahun baru bayar tapi kalau agak – agak tak pasti nak simpan dekat mana, kak rina sarankan bayar je tiap – tiap bulan.

Macam mana kalau terlebih bayar? Bulan yang terakhir tu buat pelarasan. Katakan dah terlebih bayar bulan – bulan sebelum tu, tolak semula dan bayar baki untuk cukupkan.

Bila dah buat anggaran ni, boleh la kita nampak jelas sikit. Kalau nak bayar zakat lebih, dari sini kita boleh adjust naikkan sale, tambah stok, rancang balik strategi production atau marketing kita dan sebagainya.

Kalau nak pengiraan lebih jelas, terus ke pusat zakat berdekatan atau biarlah accountant atau auditor bertauliah kirakan untuk kita. Hehe

Simple kan?

Walaubagaimanapun, ia hanya cara saya buat anggaran. Pengiraan sebenar mestilah dibuat bersama pegawai zakat bertauliah.

SHARE lah mana tau ada kawan yang belum tau cara nak plan dan bayar zakat dengan mudah!

 

Tulisan asal : Rina Salleh

 

Baca Sini : Bagaimana Cara Menyediakan Penyata Pendapatan Dengan Mudah Untuk Bisnes Anda.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments