Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

6 Tips Untuk Menarik Pelanggan Untuk Datang Ke Premis

top donate

wanted to became top donate ? TF

Ada rakan bertanya, takkan tuan ‘up’ masalah bisnes makan sahaja, tiadakah pos bagaimana untuk naikkan jualan atau tarik pelanggan datang ke premis.

Baiklah,

Jualan boleh dinaikkan bila anda kenal produk anda dan juga dengan jelas mengenali target market anda. Bila sudah kenal Insya Allah senanglah untuk anda merangka strategi pemasaran.

Berikut beberapa strategi yang anda boleh gunakan.

1. Dekati Pelanggan

Ciptakan hubungan antara anda dan pelanggan. Saya dapati ilmu ini dari arwah ayah. Dia akan layan pelanggan baru seolah-olah sudah kenal lama.

Pelanggan lama pula akrab dengan dia. Hormati pelanggan, dorang yang hantar duit ke perniaagaan kita. Pelanggan adalah raja, kata orang lama ini masih relevan untuk perniagaan sekarang.

2. Iklankan Bisnes Anda

Iklan adalah nyawa kepada bisnes, tanpa iklan mereka tidak mengetahui kewujudan anda. Bagaimana cara beriklan? Paling asas yang selalu diberitahu adalah gunakan banner, flyers dan kad nama.

Beberapa tahun yang lalu saya hadir dalam satu seminar marketing antara cadangan yang diberitahu adalah lekatkan 30 banner dikawasan startegik berdekatan perniagaan makanan anda.

Selain itu edaran flyers dengan design yang menarik juga membantu pemasaran anda. Saya sendiri menggunakan kad nama yang diedarkan setiap majlis katering kahwin sebagai salah satu strategi marketing.

3. Gunakan Media Online

Peranan media online masa kini cukup penting untuk meningkatkan kehadiran pelanggan ke premis anda seterusnya menambah kepada pendapatan.

Anda pernah dengar Waze? Foursquare? Google Bussines?

Ini antara yang boleh digunakan selain dari Facebook dan Instagram. Gunakan semaksimum mungkin fungsi media online ini untuk memberi kesan kepada kewujudan perniagaan.

4. Beri Sesuatu Yang Percuma

Bila asyik memikirkan untung sahaja kita lupa memikirkan ada strategi lain berbentuk PERCUMA yang boleh digunakan untuk meningkatkan sales.

Antara strategi percuma selalu gunakan adalah FREE REFILL, tawaran BELI 1 PERCUMA 1. Anda boleh merangka sendiri bagaimana ianya sesuai dengan bisnes anda.

5. Jiwai Bisnes Anda

Tujuan anda buat bisnes ini untuk apa? Kalau setakat nak dapatkan untung saja tolong tukar balik matlamat tersebut.

Bisnes kena jiwai, anda perlu tahu servis, pekerja juga perlu menjiwai apa yang mereka lakukan. Bila anda jiwai apa yang anda lakukan secara alaminya terserlah kepada perkhidmatan dan kemajuan bisnes tersebut.

6. Dengar Komplen

Perkara yang rimas didengar adalah komplen pelanggan. Sebahagian besar komplen yang datang adalah negatif. Iya, tidak dinafikan begitu. Untuk naikkan jualan anda dengar komplen – komplen ini dan atasinya dan sepatutnya berterima kasih keatas pelanggan yang membuat komplen tersebut.

Cuba praktikkan tips diatas. Lihat, 6 bulan dari sekarang perniagaan makanan anda akan berubah menjadi lebih baik dan angka – angka jualn positif mulai ditunjukkan.

Ilmu yang baik adalah ilmu yang disebarkan dan dapat manfaat kepada orang lain juga.

Silakan SHARE supaya yang lain juga dapat membacanya.

 

Tulisan asal,
Andy Syamsuddin
Peneraju Perniagaan Kharisma.

 

Baca Sini : Strategi Marketing Abad 21, Domino’s Bijak Tunggang Trend.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.