Tulisan ini agak panjang jadi sila baca dengan perlahan dan hadamkan sedikit demi sedikit.Apakah seminar yang boleh bantu kita semasa mula – mula buat bisnes?Soalan ini adalah contoh soalan yang paling biasa dan paling kerap ditanya oleh ramai orang yang PM saya.Jawapan yang paling tepat tiada. Apa yang ada cuma pendapat dan apa yang saya praktikkan.

Semasa mahu bermula dahulu saya tidak bermula dengan pergi ke mana – mana seminar, saya hanya buka internet dan cari maklumat tentang bisnes yang saya mahu buat. Apa kelebihan dan kekurangan bisnes itu,Bagaimana ianya dilakukan oleh ramai orang. Berapa lama bisnes itu dapat bertahan secara purata. Berapakah modal minima dan apakah keuntungannya kepada saya.Semua maklumat ini boleh kita dapati di dalam internet. Tak perlu jumpa sesiapa atau pergi mana – mana seminar dahulu.

Kemudian saya mula belajar bagaimana mahu merancang perniagaan dan seminar pertama yang saya pergi adalah BMC. Mengapa BMC? Sebab BMC adalah peta yang paling mudah faham.Sekarang bayangkan peta dunia yang banyak simbol dan segala jalan yang kita tidak mampu faham atau kuasai. Itu adalah sistem merancang perniagaan yang kompleks yang ramai orang susah mahu faham. Akhirnya kita akan bosan dan mula mengabaikan perancangan.

Ketika belajar BMC saya dapati peta itu dipermudahkan semacam peta kita cari harta karun dalam pertandingan mencari harta karun. Ianya sangat mudah difahami.Jadi saya ke kelas BMC kelolaan Puan Guru Roslina ShaikDawood. Guru yang murah senyum dan suka membantu.

Balik saya applykan apa yang beliau ajar. Saya printkan peta BMC ke dalam stiker bersaiz 7 X 5 kaki dan tampal di depan katil bilik tidur dan pada setiap malam saya merangka satu kotak dan betulkan kotak yang lain.Apabila mula menampakkan hasil saya akan temui situasi baru. Banyak jualan masuk tapi tidak nampak duitnya. Saya fikir saya perlu belajar bab ini dan saya mula cari kelas untuk belajar.

Saya cari seorang konsultan perniagaan untuk belajar kira kos yang bayaran sekitar rm2500 untuk tempoh 4 jam.

Selepas pulang saya terus buat costing untuk setiap kerja. Patutlah tak nampak untung, sebab harga yang diletakkan tidak mungkin memberikan keuntungan kepada syarikat, jadi kami revise semula harga dan mula dengan harga baru. Datang cabaran lain selepas naikkan harga, pelanggan tidak mahu membeli kerana mahal. Pening fikir macam mana nak buat, akhirnya saya belajar USP dan UVP dari buku Tuan Robotys.

Alhamdulilah, baca dan praktis terus.

Jualan mula ok sehinggalah sampai satu tahap kami terpaksa tambah beberapa orang staf secara sekaligus. Maka kami mula tambah staff dan masalah lain mula timbul. Personaliti saya ni pelik sikit. Garang dan bengong. Jadi, saya ada masalah nak bagi tugas dan percaya pada staf. Kena belajar jadi ketua pula.Cari punya cari minggu tu ada kelas BOS 101 dari Tuan Hir Effendy Md Tahir. Di situ saya belajar bagaimana mahu urus manusia dalam bisnes. Selesai sahaja kelas saya terus balik dan praktis. Alhamdulilah setelah beberapa percubaan, akhirnya berjaya membina kepercayaan kepada staf.

Semasa BOS 101, beliau sarankan saya ke kelas kewangan dan juga persyarikatan. Saya tak cakap banyak dan terus daftar. SOP kewangan oleh Puan Irnee Ismail dan Persyarikatan Puan Armiati Mohd Ismail.Sangat – sangat membuka mata untuk saya terus buat SOP kewangan. Dua bulan lepas tu terus daftar sdn bhd terus dan itulah hasilnya sekarang ini.

Pada hari ini kita harus tahu setiap objektif kita dalam melakukan setiap keputusan dalam bisnes. Kita pergi kelas bukan kerana kita mahu tahu ilmu itu, tapi kita mahu ilmu itu bantu selesaikan masalah yang ada.Ramai di luar sana pergi kelas yang tidak mereka perlukan, sebab itu tidak jadi apa – apa. Jadi mulai hari ini kita perlu merancang untuk menetapkan keperluan dan capaian yang kita mahu dari setiap kelas.

Habis kelas sambung dengan bacaan yang berkaitan apa yang kita telah pelajari. Bukan baca Siakap Haruan. Terus buat dan rangka action plan kita.Jika kita mula buat begitu, insyaAllah kita akan mahir dalam setiap ilmu yang sudah kita perolehi.

After all yang kita belajar, tahu tidak mendatangkan hasil. Tindakan yang menjadikan hasil. Baik atau tidak hasil itu kita tetap belajar berbanding daripada tiada tindakan.Buat rakan – rakan seperjuangan, tindakan itu adalah jurus paling ampuh dalam perniagaan. Tidak ada seminar yang sesuai jika kita tak tahu apa masalah kita. Kita sakit baru jumpa doktor. Bukan sebaliknya.

Jika tak sakit anggaplah seminar yang kita pergi itu semacam makan produk kesihatan MLM atau OEM. Boleh jadi ianya baik untuk kita boleh jadi ianya tidak berkesan untuk kita.

Keep learning and start doing.

Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. Aminnn.

 

Baca Sini : Cara Terbaik Untuk Mendidik Staf Tanpa Perlu Menggunakan Emosi.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments

About Firdaus Jailan

Pembangun ASAL tukangfikir.com. Penulis versatail yang menggunakan bahasa mudah faham dan digemari oleh orang bisnes.