Tukang Fikir-canva-logo

HOME > Single Post

Strategi Marketing Abad 21, Domino’s Bijak Tunggang Trend!

top donate

wanted to became top donate ? TF

Domino’s Pizza Malaysia terkenal kerana merupakan pelopor terawal sistem penghantaran makanan di Malaysia. Sistem penghantarannya juga sangat efektif. Of course, pizza nya pun sedap!

Domino’s Pizza merupakan rangkaian restoren pizza amerika syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1960 dan mula memasuki Malaysia pada tahun 1997.

Antara USP utama Domino’s ialah 30 minit jaminan penghantaran! kalau tak sampai dalam masa 30 min, korang akan dapat 1 baucer regular pizza percuma.

Dan yang ramai tak tahu, diorang pun ada buat 15 minit jaminan untuk take-awayKalau korang order take-away dan tak siap dalam masa 15 minit, diorang akan bagi baucer personal pizza percuma, bergantung pada terma dan syarat. Jadi lepas ni kalau take-away, set jam siap-siap.

Tapi selain daripada USP tu, Domino’s Pizza Malaysia khususnya, juga terkenal dengan strategi marketing yang sangat berkesan dan padu!

Berpandu kan visi syarikatLove Domino’s: The Most Emotionally Connected Brand In Malaysia, setiap tema kempen pemasaran yang dirancang sangat berjiwa rakyat dan menarik.

Domino’s mengintegrasikan pelbagai strategi pemasaran untuk menambah bilangan pelanggan mereka, daripada teknik tradisional sehingga lah moden. Pemberian baucer, flyers, jaminan, sponsorship, diskaun, pelbagai menu baru, design menarik dan banyak lagi.

Baru-baru ini Domino’s Pizza Malaysia telah menguatkan lagi strategi marketing mereka dari sudut media sosial, internet dan engagement.

Antaranya, Domino’s Pizza Malaysia cukup pantas dalam menangkap dan menunggang trend untuk dijadikan bahan pemasaran dan pengiklanan mereka.

Ini merupakan beberapa trend terkini yang berjaya mereka tunggang dan menggamit hati pelanggan. Bila berjaya viral, banyak lead yang mereka dapat kumpulkan. team social media marketing mereka juga sangat efisien di dalam engagement di media sosial.

Trend “Tolong tag…”

dominos-1

trend yang viral di Amerika syarikat, masuk Malaysia pun Femes jugak. Berlambak mime “tolong tag…”, lagi-lagi oleh peneraju-peneraju viral marketing. Domino’s Pizza Malaysia pun tak ketinggalan menunggang trend ni jugak.

Gegar Vaganza

dominos-3

Tak ketinggalan, rancangan popular seantero malaysia, Gegar Vaganza yang mempertandingkan barisan penyanyi tanah air, dijadikan konten untuk perisa pizza extravaganzza mereka.

Trend Viral “Vanilla Mix Apa?”

dominos-4

Siapa sangka, video viral tentang cik vanilla yang terlalu banyak mix tu pun boleh dijadikan konten yang menarik oleh sebuah syarikat F&B terkemuka.

Viral “Tweet Pizza Takda Topping”

dominos-5

Posting facebook ini dibuat beberapa jam sejurus tweet daripada salah seorang pelanggan mereka yang menjadi viral di twitter kerana pizza yang dia order kosong dan takda topping. Domino’s Pizza Malaysia turut di mention di dalam tweet tersebut. Rupa-rupanya pelanggan tersebut membuka kotak pizza nya secara terbalik, dan meminta maaf kepada Domino’s Pizza Malaysia. Dan ia disambut baik oleh pihak Domino’s Pizza Malaysia, tak ketinggalan juga dijadikan bahan engagement mereka.

“Abang Domino’s, I love You”

dominos-6

Posting lucu ini di adaptasi daripada rancangan drama popular Malaysia yang berjudul Abang Bomba, I love You. Drama ini dihasilkan berpandukan oleh sebuah novel yang ditulis oleh Mia Kiff. Drama ini mendapat sambutan dan digilai ramai. Oleh itu, Domino’s Pizza Malaysia pun turut tidak ketinggalan menghasilkan novel versi mereka sendiri.

IKLAN
Seminar Menggunakan FB Page bagi menaikkan jualan. Klik gambar untuk mendaftar.

PPAP

dominos-7

Dan semestinya, antara tragedi viral yang paling femes tahun ini, PPAP, yang dibawa oleh Kosaka Daimaou a.k.a Pikotaro,turut ditunggang oleh Domino’s Pizza Malaysia.

Kenapa Domino’s Pizza Malaysia banyak memfokuskan strategi pemasaran mereka di dalam segmen media sosial dan viral marketing?

antara faktornya ialah target market mereka kebanyakan dari golongan muda yang banyak menghabiskan masa di media sosial. Golongan belia juga merupakan pemain utama untuk viral marketing.

Selain itu, engagement yang sangat kuat dapat meningkatkan bonding dengan pelanggan dan prospek mereka. Mereka mendapati kadar pembelian semula (repeat order) di kalangan pelanggan mereka meningkat.

dominos-8

Baca Juga: Kisah Kek Berharga RM47k

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.