Ada yang minta tips daripada saya. Tuan, bagaimana saya nak susun SOP?

Dalam 5 hari ini saya asyik cerita pasal SOP. Tak nak cerita pasal benda lain ke? Tidak. Saya akan terus ceritakan pasal SOP. Mari saya share kan. Kenapa…

SOP ini penting tahu tak. SOP ini adalah NADI BISNES kita. Sama ada bisnes makin hidup atau mati. Bisnes kembang atau kuncup. SOP inilah tulang belakangnya. Nak buat SOP kena faham, SOP ni adalah satu proses. Satu perjalanan kerja yang bertulis. Bila namanya proses pasti ada permulaan dan pengakhiran.

Betul kan?

Jadi, mudah je cara bagaimana kita nak susun SOP. Dia akan bermula dengan apa yang nak dibuat. Kemudian, bagaimana nak buat. Sehinggalah selepas selesai, apa yang perlu buat.  Jadi, sekarang, mula senaraikan satu persatu apa yang nak dibuat, proses yang perlu dilalui, dan lepas selesai, apa perlu buat.

Kemudian susun semula satu persatu. Pada yang masih belum ada SOP, cuba ya… Ambil sedikit masa untuk merangka SOP.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments