SOP dah ada… Tak tahu pula nak guna macam mana? Lepas anda siapkan SOP. Ada satu lagi perkara yang anda kena tetapkan.

Iaitu pihak yang terlibat dalam setiap SOP. Dalam SOP, akan ada 3 pihak yang terlibat. 3 pihak ini yang akan melalui setiap prosedur dan tidak boleh dilangkau. Tidak boleh dicampurkan dengan pihak selain dari yang telah ditetapkan. 3 pihak ini dipanggil R-A-C ;

 

3 Pihak Yang Terlibat Dalam SOP

 

 

(1) R- Responsibility


Siapa yang bertanggungjawab untuk 
melaksanakan tugasan yang diberikan. Orang yang akan buat kerja itu. Jika di bank, maka dia adalah
akauntan atau casher. Jika di bahagian pembinaan, maka dia adalah pekerja buruh.

 

2) A- Accountable

 

Siapa yang bertanggungjawab monitor atau memastikan kerja terlaksana mengikut masa atau objektif. Dalam bank, dia adalah ketua akauntan. Kalau dalam projek pembinaan, dia adalah ketua projek.

 

3) C- Check

Siapa yang akan membuat semakan perlaksanaan kerja setelah selesai. Jika dalam bank, maka dia adalah juruaudit. Dan untuk projek, dia adalah pihak konsultant yang akan semak sama ada pembinaan mengikut tempoh perjanjian atau tak.

 

Dalam R-A-C. Tidak semestinya hanya 3 orang sahaja terlibat. Jika SOP itu level yang tinggi, melibatkan jabatan sebagai salah satu pihak, maka lebih ramai oranglah yang akan terlibat dalam SOP itu. Jadi anda dah semakin jelas dengan proses pembuatan SOP?

 

Baca Lagi : Ternyata, Kepenatan Anda Berbisnes Akan Hilang Setelah Anda Memiliki Panduan SOP

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments