Kenapa penting untuk kita semua yang berbisnes ni. Apa jadi kalau tak ada? Apa lebihnya kalau ada? Walaupun yang kecil-kecil, meniaga goreng pisang pun perlu ada SOP ke?

Jawapannya YA. Wajib ada SOP.

 

Supaya kerja kita teratur. Bila dah ada SOP ni pun, urusan kerja jadi lebih lancar. Setiap proses dan langkah untuk laksanakan kerja sudah ada. Tinggal ikut sahaja. Nak ambil staff pun dah senang hati, tak ada lah tidak kelam kabut. Kita tak perlu membazir tenaga dan wang untuk bayar tenaga pengajar melatih mereka. 

Terutama yang bercita-cita nak ambil staff pertama, SOP operasi adalah perkara pertama yang perlu kita siapkan. Supaya mudah untuk kita monitor kerja mereka. Mereka sudah tahu apa yang perlu dibuat. Tak perlu dah nak mengharapkan kita suruh, barulah nak gerak. Setiap perkara nak kena bagitahu. Kita tinggal semak sahaja. Kalau tak buat SOP letih kita nanti.

 

Bila ada SOP. Dah senang hati. Tinggal semak kerja sahaja.

SOP ini juga penting supaya kita lebih nampak bagaimana kita nak atur kerja kita. Mana yang kurang atau tak efektif, kita boleh perbaiki dari semasa ke semasa. Dari situ kita boleh kurangkan risiko kesilapan dalam selesaikan sesuatu kerja.

Ia jadi lebih mudah apabila kita tahu mana satu sumber untuk kita rujuk. Mana satu perkara yang kita boleh laksanakan sendiri, atau mana satu kerja yang perlukan kelulusan pihak ketiga. SOP lah yang menentukan.

“Jadi anda sudah ada SOP?”

 

Baca Lagi : Ternyata, Kepenatan Anda Berbisnes Akan Hilang Setelah Anda Memiliki Panduan SOP

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments