Setiap daripada kita yang berniaga pasti ingin membesarkan perniagaan masing-masing.
Daripada situasi ini, pasti akan timbul persoalan berkaitan pengambilan staff.

Bila saya perlu ambil staff?
Staff mana yang saya perlu ambil dulu?
Dah ambil staff nak buat macam mana?

Semuanya akan terjawab dengan penerangan ringkas ini.

Mahu tidak mahu kita wajib ambil staff jika nak berkembang.
Kita harus belajar mengurus staff.
Kita wajib belajar cara menjaga staff.

Semuanya kita kena belajar supaya kita boleh leverage kan kerja.
Semua orang tahu perkara itu.

Soalnya nak bermula di mana?
Kami berikan tips kepada anda khas untuk anda praktikkan.

1. Kenal Pasti Kerja Yang Makan Masa Kita Paling Banyak.

Pada permulaan bisnes kita haruslah faham bahawa kerja – kerja sales dan marketing memang kita yang kena handle. Jika masa untuk sales dan marketing kurang maka semakin sedikitlah pendapatan kita.

Contoh :
Jika kita berniaga dan memasak memakan masa kita yang paling banyak sehingga kita tidak dapat fokus kepada kerja menyusun dan membina perniagaan, maka orang yang patut kita ambil dahulu adalah tukang masak.

2. Sediakan SOP Kerja.

Bekerja dengan pasukan tanpa SOP seperti kita mengajak mereka belayar tanpa kompas. Semuanya akan datang balik kepada kita.

Bos nak buat macam mana?
Bos kita nak buat apa?
Bos apa ni?
Bos yang ni guna untuk apa?

Semua soalan ini akan berulang-ulang dan akhirnya kita cop staff kita lembab, bodoh, bengong sebab tak pandai buat kerja, sedangkan kita yang tak sediakan keperluan mereka iaitu SOP supaya kerja itu lebih mudah dan teratur.

3. Menyediakan Skop Kerja Yang Jelas.

Jika anda tidak memberikan SKOP kerja yang jelas kepada staff anda, maka tidak hairanlah jika mereka boleh bersidai menanti arahan sahaja sebelum bekerja. Skop kerja yang ingin kita berikan wajiblah jelas dan terang.

Contoh skop kerja :

Jawatan : Pegawai Khidmat Pelanggan.

● Melaksanakan semua perkara yang melibatkan pelanggan dengan syarikat atau syarikat dengan pelanggan.
● Memastikan komunikasi dapat dilakukan dengan berkesan mengikut tatacara kerja yang di berikan.
● Mengurus semua keperluan pelanggan yang tidak menyalahi undang-undang dan polisi kerja.

4. Belajar Ambil Gaji Sendiri Dahulu.

Kalau anda full time buat bisnes. Ini sangat wajib. Jangan cedok sikit, tarik sikit, pinjam sikit, belajar ambil gaji secukupnya, bukan main ambil ikut suka hati sahaja.

Buat satu kiraan untuk asingkan gaji yang anda bakal ambil. Jika bisnes anda masih baru, ambil sahaja gaji cukup – cukup untuk membeli keperluan sahaja dahulu. Selepas bisnes anda berkembang dengan lebih maju, barulah and boleh fikir untuk anda menaikkan gaji anda sendiri.

5. Belajar Prosidur Pembayaran EPF dan SOCSO.

Fikirkan kembali untuk diri kita sendiri. Adakah kita sendiri mahu bekerja di tempat yang tidak mempunyai potongan SOCSO dan KWSP?

Jika kita tidak mahu, sudah tentu staff yang bakal kita ambil juga berfikiran begitu.

Jangan buat tak tahu. Jangan bagi alasan tak tahu. Ini undang-undang dan hak pekerja kita. Wajib ambil tahu. Jadi, bagaimana jika kita tidak tahu? Wajib belajar.

 

Jangan lupa share kepada rakan – rakan anda ya.

 

Baca Sini : 4 Sikap Dato’ Lee Chong Wei Yang Kita Boleh Contohi Dalam Bisnes.

 

Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Tukang Fikir untuk mengikuti segala perkembangan terbaru dan juga ilmu bisnes random yang di olah dengan gaya bersandar.

Facebook Comments